blog redesign by Sasa

Saturday, April 16, 2011

Serba tak kena. ohh resah hati ini.

aku harap penulisan ini tak panjang. sebab aku sebenarnya berada dalam persimpangan. kecelaruan emosi. kalau menangis pun, apa ada dengan menangis? sedangkan banyak lagi perkara yang perlu dilalui, perlu diurusi. dengan menangis juga, semua ini tetap terjadi. jadi, ada apa dengan menangis?


kalau kita mencintai seseorang itu, kenapa susahnya untuk dia juga mencintai kita dengan perasaan yang sama? ye, benar kata orang, mencintailah... dan jangan sesekali berharap yang sama. tetapi, boleh ke kita hidup dengan falsafah begitu sedangkan hidup ini tak semudah itu?


sebagai manusia, dalam hidup ini, ada perkara yang boleh tak boleh, mahu tak mahu, ye dan tidak untuk kita buat. dan seandainya kalau boleh berjalan beriringan, membuat dan tidak membuat sesuatu dengan persetujuan yang sama, bukankah hidup ini lebih indah?dan lebih mudah?


atau adakah sebenarnya kita telah memilih orang yang salah? dan bila kita menyedarinya, adakah boleh kita berpaling semula, kembali ke awal perjalanan? tetapi mengapa, walau kita mencuba, hati masih tetap merindui dia, tetap mengatakan, ya dia, tetap mahu dan berharap, tolonglah berubah, tolonglah cuba memahami, kerana aku masih tetap menanti...


resah ;'(

0 comments:

Post a Comment